
T UGASAN: GAYA PSIKOLINGUISTIK LIMA GAYA PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik Menurut Garnham (1985), psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya adalah satu teori yang sepadu tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami. Matthews (1997) berpendapat bahawa bidang psikolinguistik ialah kajian bahasa daripada sudut psikologi manakala Mangantar Simanjuntak (1980) pula, mentakrifkan psikolinguistik sebagai cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan, iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya. Aitchison (1998), mendefinisikan psikolinguistik sebagai kajian bahasa dan akal budi. Beliau telah membahagikan bi...