TUGASAN: GAYA PSIKOLINGUISTIK
LIMA GAYA PSIKOLINGUISTIK
Psikolinguistik
LIMA GAYA PSIKOLINGUISTIK
Psikolinguistik
Menurut Garnham (1985), psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya adalah satu teori yang sepadu tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami.
Matthews (1997) berpendapat bahawa bidang psikolinguistik ialah kajian bahasa daripada sudut psikologi manakala Mangantar Simanjuntak (1980) pula, mentakrifkan psikolinguistik sebagai cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan, iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya.
Aitchison (1998), mendefinisikan psikolinguistik sebagai kajian bahasa dan akal budi. Beliau telah membahagikan bidang kajian psikolinguistik kepada beberapa topik utama iaitu:-
i. Aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan bahasa pertama atau bahasa ibunda.
ii. Aspek-aspek yang berkaitan dengan proses pemahaman input-input bahasa.
iii. Aspek-aspek yang berkaitan dengan ingatan dan penyimpanan maklumat-maklumat bahasa atau pengetahuan bahasa.
Foto 1: Gaya dalam foto ini dikaitkan dengan bahasa dan pemikiran. Perbezaan bahasa boleh mengakibatkan cara manusia berfikir pun berbeza seperti dalam foto tersebut yang menunjukkan pertentangan arah yang berbeza menggunakan isyarat tangan.
Foto 2 : Gaya dalam foto ini dikaitakan dengan penghasilan bahasa yang terbentuk seperti anggota bandan yang telah dilenturkan.
Foto 3 : Gaya dalam foto ini dikaitkan dengan pemerolehan bahasa iaitu secara natural atau semula jadi. Seseorang akan dapat menguasai bahasa kedua apabila telah memperoleh bahasa pertamanya.
Foto 4 : Gaya dalam foto ini dapat dikaitkan dengan pemerolehan bahasa kerana dua belah tangan yang menghala ke atas seolah-olah mencapai sesuatu. Pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak (bayi) sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. pemerolehan bahasa ini mempunyai perbezaan dengan pembelajaran bahasa. Pembelajaran bahasa berkaitan dengan proses-prose yang berlaku pada waktu seseorang sedang pelajari bahasa baru setelah mereka memperolehi bahasa ibundanya. Dengan kata lain, pemerolehan bahasa melibatkan bahasa pertama manakala pembelajaran bahasa melibatkan bahasa kedua atau bahasa asing.
Foto 5 : Gaya dalam foto ini dapat dikaitkan dengan neurokognisi yang disebabkan oleh perkaitan antara gambar dengan otak.
Kesimpulannya, terdapat 5 domain penyelidikan psikolinguistik iaitu :
1) penghasilan bahasa
2) pemahaman bahasa
3) pemerolehan bahasa
4) bahasa dan pemikiran
5) neurokognisi
Sekian terima kasih!
Comments
Post a Comment